Friday, 7 October 2016

Recipe: Tuna Pasta Bake

Tuna Pasta Bake
Hiii! Thought of sharing a recipe this time. Tuna Pasta Bake. This recipe is from my sister-in-law. So credit goes to her. I did not have enough ingredients, so I tweaked my ingredients a bit. I used whatever ingredients I had in the kitchen. The ingredients here is enough for about 3 baking pans. Okay now, first and foremost, the ingredients:

Ingredients / Bahan-bahan

The ingredients for Tuna Pasta Bake
*NOT INCLUDED: olive oil, tomato puree and herbs

  • 1 packet of bow tie pasta / 1 paket pasta tali leher busar (kah kah kah, suka hati direct translation)
  • 3 Leggo's Pasta Bake sauce (2 Creamy Tomato & Mozarella, 1 Tomato, Ricotta & Spinach) 
  • 3 canned Tunas. Here I used, Captain's Catch Tuna Chunks in Spring Water
  • 1 can of button mushrooms (or more if you like a lot of mushrooms)
  • Shredded cheese mix. Do purchase the large packet, or a few of the small ones. The more the cheese the better! 
  • Olive oil (didn't have olive oil, so I substituted it with margarine)
  • Various Italian herbs (didn't use, cause I didn't have any)
  • Tomato puree (optional ingredient)

Let's get cookin'! / Mari memasak!

Ye puan-puan (dan tuan-tuan)mari kita mulakan...
  1. Cook the pasta: i) Boil water. ii) At boiling point add in salt and olive oil/margarine. iii) Boil pasta according to time stated on package minus 2 minutes (if the pasta says boil for 10 minutes, boil it at 8 minutes instead). 
  2. In a separate pot, dump drained tuna (toskan/keringkan air tuna di dalam tin). Use olive oil/margarine to cook the tuna. Pour just enough of olive oil to cover bottom of the pan. Tak perlu letak banyak sangat. Cook for 3-4 minutes. In the meantime, heat up the oven and butter the pan. 
  3. In this step, you need to use a very large pot. Because we will be making the sauce for the pasta. Drain the mushroom, then sautee it with a little bit of olive oil for 3 minutes.

    Homemade tomato puree. Wash the tomatoes, peel the skin off, spoon out the seeds, dice the tomatoes.
    Then, you can either blend or mash the tomatoes in the pot while cooking.
    Stir with a spoon until the tomatoes are in liquid form, then add in some tomato sauce to taste.

  4. Next, add in tomato puree (optional). Didn't have tomato puree, so I made my own.
  5. Then add in all the different pasta sauces. Stir untill simmer (kacau sehingga mereneh). Put in a generous amount of Italian herbs of your liking into the sauce (oregano, thyme, e.t.c...). Yang ni Anna tak bubuh sebab dah habis dah, ingat ada lagi. Sob sob. 
  6. Once the pasta sauce starts simmering again, dump in the tuna you cooked earlier. Stir to mix.

    Mushrooms, tuna, bow tie pasta mixed with the pasta bake sauce.

  7. Add in the cooked pasta. Make sure the water has been drained. Now, mix everything together gently. Sila kacau dengan lemah-lembut supaya tidak menghancurkan pasta. Yes, you need to be gentle with the pasta, it breaks easily. Not pretty. 


    Added Cheddar cheese slices. The more the merrier. Nyumm. 

  8. Now that everything is mixed, pour about 1/3 of the pasta mix into the buttered pan (pastikan anda sudah menenyeh bekas nak bakar tu dengan butter/marjerin, kalau tak letak, melekat nanti bila bakar). Then sprinkle the shredded cheese mix evenly onto the pasta. Because I had very little cheese, I added cheddar cheese slices on top.

    The top part of the Tuna Pasta Bake

  9. Then, pour more of the pasta over the sprinkled cheese. And add another layer of cheese on top. (repeat this with the other baking pans). Pandai-pandailah bahagikan pasta dan cheese tu ya
  10. Put it in the pre-heated oven and bake 'till the cheese melts. Ya masukkan ke dalam ketuhar dan bakar sehinnga keju cairrrrr. Tadaaa. Dah siap. 
That's about it. There are of course various versions of Tuna Pasta Bake on the internet. But this is the only one I've tried so far. Feel free to ask me in the comments section if you need any further explanation.
Cooking from the heart to the tummy, 
{Sue Anna Joe}

Monday, 3 October 2016

Rezeki di dalam perniagaan.

Baru-baru ni Anna tengok rancangan Assalamualaikum di TV Alhijrah. Shamsuddin Kadir menjadi tetamu jemputan pada hari itu. Dia berkongsi tentang rezeki di dalam perniagaan. Terus rasa tertarik dengan topik yang dibincangkan, sebab Anna pun meniaga sekarang ni. Alhamdulillah, walaupun sekejap je segmen dia, tapi banyak ilmu yang Anna pelajari. Jadi Anna pun rasa nak berkongsi sedikit-sebanyak apa yang Shamsuddin Kadir perkatakan di dalam rancangan tersebut.
Jujur di dalam perniagaan 
Shamsuddin Kadir menyentuh tentang penjualan produk perubatan/kesihatan/kecantikan dan sebagainya. Katanya, nak jual sesuatu produk tu, mesti jujur. Jujur dari segi informasi yang dikaitkan dengan produk tersebut. Beliau memberi contoh tentang produk perubatan. Kalau kita tengok  dan amati ubat-ubatan moden hari ini, turut tertulis kesan sampingan kepada penggunanya selain dari kegunaan atau fungsi ubat itu. Kemudian Shamsuddin Kadir memberi contoh tentang satu produk yang lain. Produk tersebut tidak menemui kesan sampingan. Walaubagaimanapun produk tersebut ada menyatakan "kesan sampingan belum ditemui, tetapi kami yakin ada kesan sampingannya".   
Bak kata Aziz M. Osman di dalam satu babak filem arahannya yang bertajuk XX Ray (1992), "Setiap apa di dalam dunia ni, ada kesan sampingan, begitu juga dengan helmet ni". Jadi setiap benda atau produk mesti ada kesan sampingan. Contoh yang lebih mudah, gula. Gula ni sedap, manis bila dibancuh dengan air atau masakan, tapi kalau berlebihan boleh mendatangkan penyakit kencing manis. Oleh itu, berpada-padalah apabila menggunakan sesuatu. 
Menurut Shamsuddin Kadir, kalau nak claim produk kita ni yang terbaik, No. 1 di Malaysia, paling terlaris dan sebagainya, kena pastikan ia benar-benar sahih. Biarlah ia berdasarkan fakta yang benar, dan bukannya rekaan semata-mata. Ada juga kes di mana terdapat testimonial yang diupah. Dibayarkan sekian-sekian harga untuk buat testimonial positif tentang sesuatu produk walhal orang tersebut tak guna atau pakai produk tu. Tak molek la gitu kan? Seharusnya testimonial itu datang dari mereka yang menggunakan produk tersebut.   
Yang menjual dan menghasilkan produk pula, seharusnya berpada-pada dengan cara mempromosikan sesuatu produk itu. Jangan berikan jaminan 100%. Ada satu produk tu dikatakan boleh membunuh 99.99% kuman. Baguslah gitu, harap benarlah apa yang dinyatakan tu. Banyak juga iklan produk kecantikan yang menyelitkan disclaimer kecil di bahagian bawah skrin televisyen menyatakan statistik keberkesanan produk mereka. Contohnya *berdasarkan analisis 357 wanita di Malaysia. Gitulah lebih kurang. Cuma kadang tu tak perasan sebab terlalu kecil dan beberapa saat je ditayangkan di skrin atau di bungkusan produk. 
Jangan risau. rezeki sudah ditetapkan 
Adalah kebiasaan perasaan risau dan takut bila ada persaingan di dalam perniagaan. Nak-nak lagi kalau orang tu menjual produk yang sama. Jangan risau, Allah S.W.T dah tetapkan rezeki masing-masing. Jadi tidak perlu khuatir dan pening kepala. Tetapi, haruslah ada usaha dan semangat tidak putus asa yang tinggi. Shamsuddin Kadir memberi satu contoh, duk nak makan nasi ni, dah ada nasi dalam tangan, tinggal nak gerakkan tangan ke mulut dan suap. Kalau kita sendiri tak gerakkan perbuatan tersebut, siapa lagi nak lakukannya. Yang nak makan tu kita, kalau tak suap masakan boleh kita kenyang dan riang. Kesimpulannya, rezeki tu memang dah ada dan di tetapkan, cuma tinggal sahaja untuk kita berusaha untuk mendapatkan rezeki tu. Ingat, duit tak datang bergolek atau jatuh dari langit. 
Jangan tamak
Ya, jangan tamak di dalam perniagaan. Shamsuddin Kadir berkongsi pengalamannya sendiri. Dia telah ditawarkan untuk membuat tiga bengkel/kursus. Tawaran itu diterima, tapi yang diambil hanya satu bengkel/kursus sahaja. Kita tengok dulu macam mana katanya. Kalau okay, baru boleh teruskan yang lain-lain.  
Apa yang Anna faham di dalam perkongsian tersebut, kadang kita ni kabur mata memikirkan profit yang banyak, dan dalam sedar atau tidak kita menjadi tamak dan rakus. Macam kalau kita pergi pusat membeli-belah, kita nak cari parking yang dekat je dengan pintu masuk, punyalah nak juga yang dekat, habis di pusing berkali-kali, walhal dah ada parking kosong tak jauh mana pun, nak juga parking yang dekat tu. Habis tu, di pusingnya lagi sambil melihat cermin belakang lalu berkata dalam hati "haaaa, keluar pun kau". Sesampainya di situ, dah ada kereta lain yang masuk. Maka berjalanlah sedikit ke hadapan dengan perasaan yang hampa, tetapi disajikan dengan satu harapan yang baru, lalu berkata di dalam hati "Yes! ada juga kosong" hati melonjak keriangan. Rupa-rupanya terperdaya dengan sang kancil (Perodua Kancil). Parking yang tak jauh mana tadi tu pun dah di kebas orang. Dah membazir masa dan minyak kereta. Jadi bak kata pepatah Melayu, "Orang tamak selalu rugi". Ini semua berkait juga dengan rezeki yang sudah ditetapkan. Tak perlulah tamak, rezeki tu dah tersedia. Cuma sabar itu disulam usaha dan buat sesuatu biarlah bersungguh. Janganlah kita ala kadar bila melakukan sesuatu pekerjaan. 
Rasa bersyukur sangat dapat menonton segmen ni. Banyak juga teguran untuk diri sendiri. Kadang tu, secara tidak sedar kita terlalu sibuk memikirkan untung, kita ambil remeh isu-isu sebegini. #IslamIsFirstClass. Assalamualaikum.
Copyright © 2014 Blogging Behaviour | Sue Anna Joe

Distributed By Blogger Templates | Designed By Darmowe Dodatki Na Blogi | Edited by Sue Anna Joe