Sunday, 24 September 2017

Solat 5 Waktu

الأحد
03 MUHARRAM 1439H

Assalamualaikum.


Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis entri ini. Tengah syok tidur, di pagi yang hening, Anna dikejutkan dari tidur. Bukannya sebab alarm clock, tapi sebab binatang kecil yang menganggu. Seekor binatang yang pernah memasuki otak Raja Namrud, dan menjadi punca kematiannya iaitu sang nyamuk. Tau kan betapa annoying bunyi nyamuk yang lalu dekat telinga. Kecik-kecik cili api, memang rasa nak maki. Hahaha. Tapi terima kasih wahai nyamuk, kerana sudi menjadi jam loceng semula jadi pagi ni.

Solat 5 waktu. Tiang agama. Yang ni semua tahu. Semua juga tahu, kalau tak solat, segala amalan kita dianggap, zero, invalid, disqualified, kerana solat itulah amalan pertama yang akan dihisab kelak. Rugi, rugi, rugi! Okay, bayangkanlah kan, bagi kaki game. Setelah sekian lama berhempas pulas, berjam-jam korang duk main game tu, tiba-tiba blackout atau bateri habis, tak sempat nak record high score tu. Ataupun, penat tulis assignment, sekali tak save. Mak aih, dia punya bengang, aduhhhhhhh. Ha, jenis yang kaki shopping, jumpa kasut ni, lawa gila, pergi cuba, memang rasa perfect, cuma terlebih satu saiz saja. Sekali tanya dekat akak salesgirl tu, dah habis stok dah. Kah kah kah. Sadis kan. Nak makan, tengok menu, jumpa mana yang nak makan, time order, waiter bagitau, dah habis dah... padehal orang kat sebelah baru je order, ghopenya customer sebelah tu dapat yang terakhir. Kah kah kah.

Jadi macam mana tu, di Padang Mahsyar kelak? Kita dah buat bermacam-macam benda yang baik, menolong orang, bersedekah, berbakti kepada parents, tak tipu orang, berpuasa, menutup aurat, dan sebagainya.. sekali semua yang baik kita buat dulu dilupuskan begitu sahaja sebab kita tak jaga solat. Boleh kah, kah, kah lagi ke ini macam? Boleh ke kita post dekat Twitter ka, Facebook ka yang kita rasa sedih dan bengang macam masa di dunia bila tak dapat benda kita nak? Sudah tentulah, tidak boleh. Game over bro. Eh bro je ke? Sis pon tak terkecuali, walaupun terkecuali setiap bulan ketika bulan mengunjung tiba.

Nikmat apabila berjaya menunaikan solat tu sangat besar kan? Dia punya kepuasan tu, Allah saja yang tahu. Akan sedikit terdetik, kalaulah aku mati lepas ni.. sekurang-kurangnya dah solat. Kan? Kalau time malam nak tidur, dah solat Isyak, Ya Allah dia punya rasa puas hati dan lega dan nak tidur tu best yang teramat. Tenang je. Samalah, bila dah solat Subuh. Pergh, padehal rasa berat dan mengantuk mata tu, tapi dah selesai tu, rasa semangat dan yakin untuk menjalankan urusan dunia pada hari tersebut. Bila mana dapat sempurnakan solat 5 waktu tu, aduhai... rasa seperti satu achievement yang besar! Jiwa kita telah diberi santapan yang indah sekali.

Tapi, untuk mencukupkan solat 5 waktu tu, memang mencabar. Mengantuklah, sibuk dengan kerjalah, leka berhiburlah. Banyak sebab manusia tak menunaikan solat. Ada perempuan yang malas nak tanggalkan mekap dan pakai balik. Leceh tau. Nak tonyoh buang mekap tu, lepas tu nak pakai balik, dengan berebut depan cermin, nak adjust balik tudung bagi mendapatkan lilitan dan lipatan yang sempurna. Wah kalah semangat kita nak menyempurnakan tertib solat tu tau. Haa, apa lagi, ni yang biasa, duk tengok wayang, terlepas waktu solat, sebab masa tu dalam panggung, sayang nanti kita termiss part yang best, dahla tiket mahal, seating dah terbaik. Sambil mengunyah popcorn. Pergi, rugi weh kalau tak tengok sampai habis. Ish ish ish apa nak jadi dengan kita ni?

Kita dah tau semua ni, but why, whyla bro, whyla sis, you no jaga solat? Padehal berapa minit je pun. Dahla dosa kita semakin hari, semakin berbukit. Haa, you tak buat dosa ke? Wah hebat. Dekat Facebook jah, dah berapa banyak dosa dah dikumpul. Komen itu ini, kritik itu ini, share itu ini,  lompat sekali dalam keretapi viral. Tak perasan, sebab orang lain pun buat. Niat kita nak kongsi je, jadikan pedoman dan contoh yang tidak patut diikuti. Bila orang kata, heiii tak baik mengaibkan orang, kita jawab, tak kan nak dibiarkan orang macam ni, biar orang lain takut untuk buat juga. Yelah tu, takdanya orang nak jadikan benda tu teladan. Moral of the story, moral of the story ye jah. Jah oh jahhh, keep it to yourself. Istighfar, berdoa, agar kita terpelihara dan dijauhkan dari perkara sebegitu. No need to spread spread or comment comment. Dosa dihujung jari namanya.

Susahkan nak jaga solat? Nak khusyuk tu lagilaaahhh. Otak duk melayang, pikir nak makan apa, nak masak apa, nak itu, nak ini, masalah dekat tempat kerja, masalah percintaan, nak beli apa jap lagi dan sebagainya. Kalau boleh nak solat cepat-cepat. Walhal paling lama pun, berapa minit je. Tapi kita buat benda lain, amboihh kemain lama, sampai tak perasan pun masa dah berlalu. Apa la nak jadi dengan kita ni? Dunia sekarang memang makin mencabar. Banyak sangat distraction. Berjam kot boleh layan newsfeed, baca artikel itu ini, sekali duk scroll jumpa pulak video yang kelakar. Aduh dah jumpa video, ada lagi video kat bawah tu yang lagi kelakar. It's a neverending story... until the day you dead bro, and sis. Are you ready to die? 

Jadi kesimpulannya, ayuhlah kita pakat berusaha untuk menjaga solat kita. Semoga kita semua berjaya di dunia dan terutamanya di akhirat. Jangan sia-siakan yang ada. Jangan kejar sesuatu yang merugikan diri kita di akhirat kelak. Ingat, dunia ini sementara. Mati pun tak tau bila. Kumpulkan pahala, kurangkan dosa. Syurga atau neraka, itu pilihan kita.

Sekian. Wassalam.

{Sue Anna Joe}

No comments :

Post a Comment

Copyright © 2014 Blogging Behaviour | Sue Anna Joe

Distributed By Blogger Templates | Designed By Darmowe Dodatki Na Blogi | Edited by Sue Anna Joe