Dalam podcast Episode 7 United Moms Club (Podcast autoplay dekat sidebar sebelah kiri ni, boleh tekan pause. Sorry kalau terkejut).. okay podcast yang dimuatnaik minggu lepas bercerita tentang hubungan dengan kawan-kawan bila dah kahwin, dah ada anak. Memang dah lain.. kita takda nak lepak macam dulu. Kalau dulu time belajar, boleh lepak berjam-jam kat cafe borak pasal apa tah. Tak duk kat cafe, lepak dalam kereta pun jadi. Hahaha, those were the days. Entah apa-apa yang dibuat. Pergi sana sini, pergi mall, even bercuti pun sama-sama. Kepala serabut pun masa tu, kot ada assignment ke, exam ke, tu je lah, other than that memang enjoy habis-habisan dengan kawan.
Bila dah kahwin, segalanya berubah, ada anak lagiiiiilah. In touch dengan kawan pun, guna whatsapp, komen dekat facebook ke, ig ke. Kalau berjumpa pun, ada birthday party, kenduri, akikah dan sebagainya. Itupun, tak dapat nak lepak borak lama sebab melayan anak.
Kadang kawan yang rapat gila pun dah jadi awkward, borak tak semacam dulu. Mainly kerana, keluarga kita, suami dan anak-anak yang dah ganti tempat kawan menjadi peneman hidup. Dan yang penting, kita tokleh lah nak share lebih-lebih, ada aib dan rahsia rumahtangga dan keluarga yang harus dirahsiakan. Tidak semua yang boleh dikongsi.
Tapi kadang tu, ada masalah dan isu yang timbul dalam keluarga. Antara suami dan isteri. Macam mana nak selesaikan?
1. Seeloknya, bawa berbincang sesama pasangan. Jangan asal ada problem je up dekat media sosial ke, group whatsapp ke, kawan ke. Selesaikan secara internal.
2. Kalau masih berterusan, dengan ahli keluarga, parents kita, mertua kita, adik-beradik kita. Saudara-mara? Itu.. harus dipertimbangkan, kerana risau aib keluarga kita akan tersebar secara sengaja atau tidak.
3. Kawan rapat yang dipercayai, kalau option pertama dan kedua tu tak jalan-jalan jugak. Tapi tak perlu bercerita lebih. Ingat, kita sebagai isteri wajib menjaga aib.
4. Kawan pun tak jadi.. ha ni bahaya... tapi..... ada masanya boleh membantu. Forum-forum, atau group yang ada secara online. Tapi banyak mudarat la bila tengok komen-komen yang dilemparkan bila ada yang meminta pendapat secara online. Makin pening jadinya.
Tapi takat benda seperti, eh kat mana ye tempat percutian best nak pergi? Lepas bersalin, korang berpantang macam mana ye? Botol susu apa ye nak bagi kat anak, sebab dia taknak hisap susu botol, macam manalah bila dah mula kerja nanti. Hahaha. Gitu okaylah.
Paling tak boleh blah, page KRT dekat Facebook tu. Haduiiii, yang ceritanya boleh tahan, yang komen waduh waduhhhh. IIUM Confessions okay-okaylah, itupun ada yang tersasar juga. Jadi kalau boleh platform media sosial ni seeloknya dielakkan dari menjadi platform luahan perasaan dan masalah okay?
5. Rujuk kepada pakar, tapi yang ni kadang susah sikit, nak jumpa pakar, ambil masa, mungkin wang, atau tak tau mana nak rujuk kan. Pakar tu termasuk mereka yang berilmu dalam hal rumahtangga.
6. Dan yang ni of course, sentiasa berdoa dan meminta petunjuk dariNya.
Kadang takut tengok trend, asal ada masalah je update dekat Facebook ka, Twitter ke, lepas tu jadi viral. Share screenshot perbualan whatsapp mengantoikan sesiapa yang terlibat. Rasanya tak membantu pun kalau viralkan benda gitu. Makin merumitkan keadaan adalah. Tapi itulah realiti dunia zaman sekarang kan. Jadi kenalah menjadi netizen yang bijaksana supaya tak terjebak sekali. Orait, baaaai.
{Sue Anna Joe}
salam singgah dan follow sini :)
ReplyDeleteRandomly googling your name as I miss reading your blog. Glad to see that you are still active in the blogging scene. :)
ReplyDelete