Jujur di dalam perniagaan
Shamsuddin Kadir menyentuh tentang penjualan produk perubatan/kesihatan/kecantikan dan sebagainya. Katanya, nak jual sesuatu produk tu, mesti jujur. Jujur dari segi informasi yang dikaitkan dengan produk tersebut. Beliau memberi contoh tentang produk perubatan. Kalau kita tengok dan amati ubat-ubatan moden hari ini, turut tertulis kesan sampingan kepada penggunanya selain dari kegunaan atau fungsi ubat itu. Kemudian Shamsuddin Kadir memberi contoh tentang satu produk yang lain. Produk tersebut tidak menemui kesan sampingan. Walaubagaimanapun produk tersebut ada menyatakan "kesan sampingan belum ditemui, tetapi kami yakin ada kesan sampingannya".
Bak kata Aziz M. Osman di dalam satu babak filem arahannya yang bertajuk XX Ray (1992), "Setiap apa di dalam dunia ni, ada kesan sampingan, begitu juga dengan helmet ni". Jadi setiap benda atau produk mesti ada kesan sampingan. Contoh yang lebih mudah, gula. Gula ni sedap, manis bila dibancuh dengan air atau masakan, tapi kalau berlebihan boleh mendatangkan penyakit kencing manis. Oleh itu, berpada-padalah apabila menggunakan sesuatu.
Menurut Shamsuddin Kadir, kalau nak claim produk kita ni yang terbaik, No. 1 di Malaysia, paling terlaris dan sebagainya, kena pastikan ia benar-benar sahih. Biarlah ia berdasarkan fakta yang benar, dan bukannya rekaan semata-mata. Ada juga kes di mana terdapat testimonial yang diupah. Dibayarkan sekian-sekian harga untuk buat testimonial positif tentang sesuatu produk walhal orang tersebut tak guna atau pakai produk tu. Tak molek la gitu kan? Seharusnya testimonial itu datang dari mereka yang menggunakan produk tersebut.
Yang menjual dan menghasilkan produk pula, seharusnya berpada-pada dengan cara mempromosikan sesuatu produk itu. Jangan berikan jaminan 100%. Ada satu produk tu dikatakan boleh membunuh 99.99% kuman. Baguslah gitu, harap benarlah apa yang dinyatakan tu. Banyak juga iklan produk kecantikan yang menyelitkan disclaimer kecil di bahagian bawah skrin televisyen menyatakan statistik keberkesanan produk mereka. Contohnya *berdasarkan analisis 357 wanita di Malaysia. Gitulah lebih kurang. Cuma kadang tu tak perasan sebab terlalu kecil dan beberapa saat je ditayangkan di skrin atau di bungkusan produk.
Jangan risau. rezeki sudah ditetapkan
Adalah kebiasaan perasaan risau dan takut bila ada persaingan di dalam perniagaan. Nak-nak lagi kalau orang tu menjual produk yang sama. Jangan risau, Allah S.W.T dah tetapkan rezeki masing-masing. Jadi tidak perlu khuatir dan pening kepala. Tetapi, haruslah ada usaha dan semangat tidak putus asa yang tinggi. Shamsuddin Kadir memberi satu contoh, duk nak makan nasi ni, dah ada nasi dalam tangan, tinggal nak gerakkan tangan ke mulut dan suap. Kalau kita sendiri tak gerakkan perbuatan tersebut, siapa lagi nak lakukannya. Yang nak makan tu kita, kalau tak suap masakan boleh kita kenyang dan riang. Kesimpulannya, rezeki tu memang dah ada dan di tetapkan, cuma tinggal sahaja untuk kita berusaha untuk mendapatkan rezeki tu. Ingat, duit tak datang bergolek atau jatuh dari langit.
Jangan tamak
Ya, jangan tamak di dalam perniagaan. Shamsuddin Kadir berkongsi pengalamannya sendiri. Dia telah ditawarkan untuk membuat tiga bengkel/kursus. Tawaran itu diterima, tapi yang diambil hanya satu bengkel/kursus sahaja. Kita tengok dulu macam mana katanya. Kalau okay, baru boleh teruskan yang lain-lain.
Apa yang Anna faham di dalam perkongsian tersebut, kadang kita ni kabur mata memikirkan profit yang banyak, dan dalam sedar atau tidak kita menjadi tamak dan rakus. Macam kalau kita pergi pusat membeli-belah, kita nak cari parking yang dekat je dengan pintu masuk, punyalah nak juga yang dekat, habis di pusing berkali-kali, walhal dah ada parking kosong tak jauh mana pun, nak juga parking yang dekat tu. Habis tu, di pusingnya lagi sambil melihat cermin belakang lalu berkata dalam hati "haaaa, keluar pun kau". Sesampainya di situ, dah ada kereta lain yang masuk. Maka berjalanlah sedikit ke hadapan dengan perasaan yang hampa, tetapi disajikan dengan satu harapan yang baru, lalu berkata di dalam hati "Yes! ada juga kosong" hati melonjak keriangan. Rupa-rupanya terperdaya dengan sang kancil (Perodua Kancil). Parking yang tak jauh mana tadi tu pun dah di kebas orang. Dah membazir masa dan minyak kereta. Jadi bak kata pepatah Melayu, "Orang tamak selalu rugi". Ini semua berkait juga dengan rezeki yang sudah ditetapkan. Tak perlulah tamak, rezeki tu dah tersedia. Cuma sabar itu disulam usaha dan buat sesuatu biarlah bersungguh. Janganlah kita ala kadar bila melakukan sesuatu pekerjaan.
Rasa bersyukur sangat dapat menonton segmen ni. Banyak juga teguran untuk diri sendiri. Kadang tu, secara tidak sedar kita terlalu sibuk memikirkan untung, kita ambil remeh isu-isu sebegini. #IslamIsFirstClass. Assalamualaikum.
Entry yang bermanfaat, sangat benar apa yg anna tulih. bb sokong. ����
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sama-sama kita berkongsi. Terima kasih pada Shamsuddin Kadir yang banyak memberi kesedaran. Kadang tu kita tak sedar apa yang kita buat :)
DeleteSalam Anna.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian :)
Salam. Sama-sama ♥
DeleteTerima Kasih kak, atas peringatan nie. Sama2 kita jujur dalam meniaga. Amin
ReplyDeleteSama-sama. Bila kita jujur dalam meniaga ni, maknanya kita yakin denganNya. Letakkan 100% kepercayaan pada yang satu. Amin.
Delete