Sooooo, macam biasa scroll timeline Twidda I terbaca kes mak Haneesya Hanee the Malaysian model saman some fellas sebab said her kulit was gelap like bubble tea and Hajarul Aswad. So okay, Hajarul Aswad tu serious melampaulah weiiii. Then, nampak pulak tweet Dr. Amalina pasal whitening skincare. Cerita pasal kulit hitam putih ni memang takkan habis. In fact I did blog about it in Budu dan Belacan. About my own issues about wanting fair skin.
Having fair skin memang nampak lawa putih gebu, nampak macam bersih bersih gitu, sinar lagi terpancar. Nak pakai apa warna baju pun takda masalah. Come on, kalau ada baby baru lahir, kulit putih cerah, kita mesti akan komen, putihnya baby. Khenn. Kalau baby tu dark skin, kita akan diam, takda kata eh hitamnya babyyyy, cause we automatically associate hitam tu macam negative remark. Siap ada mitos masa pregnant jangan minum kopi nanti anak hitam, minum soya bagi anak putihlah ahaha gila.
Then kalau zaman sekolah, perempuan yang kulit putih yang jadi hot stuff, popular. Maka yang kulit tanned exotic ni pun rasa lah down. Dah berapa banyak komen I baca, masing-masing yang berkulit tanned exotic ni cerita pengalaman selalu kena ejek kulit hitam. Pastu kalau lelaki yang komen lagilah, mulut macam puaka. Dia punya zass tu tak ingat. Kejam gila kalau lelaki mengata. Berbisa.
My kulit isn't exactly very dark, but far from putih lah. But I wanted fair skin, bukan fairer but fair. I have used numerous whitening skincare. Fair and Lovely (masa sekolah rendah dah guna), then branded skincares like Estee Lauder, Biotherm, Shisheido, then yang less branded like L'Oréal, then yang local, macam Ibu Putih dan sebagainya. But I tak beranilah try yang jenis kulit peeling tu sebab scary wehhhh. Have also minum AuraWhite (which menjadi, but taklah putih gebu, it did help lighten my skin). Stopped sebab tak mampu nak maintain and of course risau nanti rosak organ dalaman in the long run.
Tapi sekarang banyak gila produk whitening. Dari sapu kat kulit, ke injection, ke makan. Baru-baru ni nampak ada bleaching product untuk kulit, sapu je nanti terus putih, eeee scary weh. Kau ingat kulit kita ni baju uniform sekolah ke nak clorox kasi putih. But desperate people do stupid things.
Tapi sekarang banyak gila produk whitening. Dari sapu kat kulit, ke injection, ke makan. Baru-baru ni nampak ada bleaching product untuk kulit, sapu je nanti terus putih, eeee scary weh. Kau ingat kulit kita ni baju uniform sekolah ke nak clorox kasi putih. But desperate people do stupid things.
Sekarang I dah tak kisah sangatlah nak putihkan kulit. Nak cerahkan supaya tak kelihatan kusam, tu ye. Even when I edit my photos I do brighten it up just so tak nampak kusam. Kita ni dah kena brainwash sejak kecik asal kulit putih je lawa. Also, kita tengok sahaja our royalty, am pretty sure most of 'em ladies have fair skin kan? So macam manalah kita tak associate kulit putih ni special?
It comes back down to us, as individuals to change our own mindset. Especially siapa yang kulit gelap, we shouldn't be ashamed to say it out loud, ye aku kulit gelap, hitam, so what? For those who have kids with darker skin tone, especially yang perempuan, kita as parents kena tanam dalam diorang, educate them, that you should love your skin tone no matter what. Bagitau tak perlu sibuk nak putihkan kulit tu. Yang penting be healthy and have healthy skin.
Jadilah ibarat Boba Milk Tea. Walaupun warna Bobanya hitam, tetapi ia enak sekali dan menjadi kegemaran ramai.
{Sue Anna Joe}
Hi kak
ReplyDelete