"Ke laut, ke darat, janganlah keparat" Foto di ambil di Port Dickson bertahun dahulu. |
Agak-agaknya boleh ke dapatkan semangat berblogging macam dulu? Kalau ada geng rasa semangat sikit. Tapi tulah, kebanyakkan geng lama pun, dah tak aktif, dah ada komitmen hidup yang lain, bekeluarga, berkerjaya. Jadi takda masa nak habiskan menulis blog. IG ngan Twitter, Facebook jauh lebih mudah. Takda nak pikir nak karang panjang-panjang ye dok.
Tapi sayanglah kalau terkubur macam tu je. Duk gak jenguk mana yang masih menulis blog, tapi dah tak ada "vibe" macam dulu. Kebanyakan yang ada pun, macam tak berkomen. Blog Anna ni pun tak berapa nak ada komen. Letak kat Twitter, diorang baca, tapi komen kat Twitter. Hahaha. Tapi takda nak bengang ke apa, sebab Anna sendiri pun macam agak rasa berat bila nak komen. Dia jadi semacam leceh berbanding dengan berbalas ciapan.
Apa yang best pasal blogging?
Kalau blog, kita leh edit. Silap tulis mudah je nak edit. Kalau Twitter, mana dapaaaat. Twitter ni nak tulis panjang kena buat bebenang, kadang tak semua orang rajin nak "expand" bebenang untuk baca. Komen dalam blog kita boleh kawal. Macam Anna sendiri, benarkan komen anonymous, tapi masih perlu approve sebelum disiarkan.
Lepas tu, nak susun gambar, bolehla buat bagi nampak cantik dan sesuai dengan karangan kita. Tapi, agak renyah sikit. Kadang salah tarik ke terus tak cantik layout. Lepas tu, macam dulu banyak advertorial untuk blog, ataupun banner iklan, macam Nuffnang. Tapi Nuffnang pun macam dah krik krik.
Anna dulu berkesempatan jadi talent di bawah naungan Nuffnang. Best gila masa tu, dapatlah duit sikit dari iklan dalam banner, tapi banyak dapat advertorial. Lepas tu, dapat gi event sana sini. Makan sedap sedap. paling best dapat merasa gi Legoland. Semua free.
Tak lama lepas tu, Instagram dah mula memonopoli platform media sosial. Maka mula berkuranglah aktiviti blogger, dan banyak tertumpu pada "influencers" dan "IG pemes". Anna sempat gak la merasa zaman ni sikit. Lepas tu, diduga dengan masalah hidup, terus Anna delete segala media sosial termasuklah blog Anna semua.
Adalah kot dekat 3 tahun menghilang diri. Lepas tu nak mula balik memang payah. Sampai sekrang IG sendu gila. Algorithm dia pulak macam ntah apa. Twitter je boleh tahan sikit. Maka saya pun terus lah ketagih dengan Twitter.
Tiba macam Anna tulis beberapa hari lepas, terbaca orang ciap pasal zaman blogging. Kebetulan masa tu tengah rasa agak stress dan bosan. Pastu baca komen throwback, rindu nak customize blog la, apa la semua, terus semangat nak menulis balik. Dah ada blog ni tapi kurang aktif. Jadi harapnya, semangat menulis blog ni diteruskan.
Dan di sini, saya nak mengajak korang pun turut serta supaya kita semangat sama-sama. Ayuhhhh kita meriahkan kembali dunia blogging!
Ok sehingga entri seterusnya, baaaaiiii. ~ Sue Anna Joe
Hi Kak Anna,
ReplyDeleteOne of your follower dari zaman kegemilangan blogging. Betul, rasa macam sendu je blog skrg & ramai rasa blog dah tak relevan, but now bila search anything, dah tak banyak info comes from blog and kebanyakkannya dh outdated. Maybe this is the time to start again. Take care!
Kan, dulu info kita banyak ambik dari blogs. Kalau Google susah nak jumpa info dekat Twitter, tak keluar search macam in blogs. Especially local Malay content. Tulah we should! You too, and thank you sebab singgah dan komen!
DeleteWelcome back Kak Sue Anna, i was your reader back then, when u blog budu & belacan.. i wish u all the best in what ever u do.. cheers & Salam.
ReplyDelete